Sunday, July 17, 2005

antara pembangunan dan sejarah

Banyak kali kita berada dalam persimpangan. contoh yang aku nak bawak ni, bagi aku sangat penting. aku tak nak cakap pasal sejarah pasir salak ke, sejarah chandi lembah bujang ker, tapi aku nak bagi contoh pasal sejarah agama yang aku anuti sekarang.



Mecca is well known as the most visited holy place every years. The demand for it to become bigger n more pleasant is hard to be denied. We are talking about massive things such as hotels, apartments, parking space and of course places for praying. And we know also that those things must be erected on the same place where our prophet put his feet to deliver the teaching of islam as our way of life. His house, his wives' houses, his friends' houses including his isolating places. So, there is where the collision happens.

Susah nak buat keputusan. Nasib baik bukan aku yang kena buat keputusan tu. Satu group iaitu puak Wahabi (golongan yg tgh jaga Mekah ni) kata, kita tak boleh taksub sgt pada tempat ni. Spt contoh rumah nabi, tempat nabi start dakwah (dar al Arqam) n so on. Kenapa? Sebab tak nak orang islam memuja benda tu smua. Ye la, orang kalu dah taksub ni macam macam, boleh puja puja lagi. Kalu kat tmpat kita, ada orang g amik no ekor. Kat sana, yang aku dah tengok, diorang memang emotional, terutama kalu terbabit dengan mende2 camni. Maybe penghayatan tu lebih kut. Kalu diorang dah tahu menda tu bekasan nabi, kekasih hati, kalau bekas tapak kaki pun diorang samggup cium sampai berdebu muka. Jangan hairan kalu diorang tahu rumah nabi, mesti berduyun2 pergi tido kat sana dengan harapan kalau2 mimpi kat situ, dapat jumpa nabi. Kalu boleh macam tu, aku pun sanggup. Jenis macam ekstrem pun banyak. Aku tengok sendiri puak-puak belas sana (bukan asia atau eropah) tak kira laki ke ppuan ke, jenis yang meraung-raung sambil memegang kelambu kaabah. Sehingga terpaksa di ketuk oleh security kat situ. yang meraung2 sambil sa'ie pun ada. Mereka ini yang dilihat oleh wahabi sebagai contoh akan menimbulkan ketaksuban yang akhirnya membawa kepada pemujaan.

Mungkin itu sbg alasan puak wahabi untuk mengorbankan kesan2 sejarah tersebut demi pembangunan. Mengorbankan tidak salah, malah kadang2 itu lebih baik. Perlu difahami jugak bahawa mereka pun terdesak untuk menyediakn perkhidmatan yang terbaik kerna keperluan sentiasa meningkat tahun demi tahin. betapa mereka terpaksa melayan berjuta jemah setiap tahun dengan pelbagai keren ah. Imej dan namabaik sebagai penjaga kaabah tetap mesti mau jaga kan? Namun, adakah itu berbaloi? Apakah kesan2 peninggalan yang tidak dapat diganti dgn apa pun itu boleh dikorbankan begitu sahaja, tambahan lagi dengan Nabi Muhamaad itu sebagai the last prophet on earth. As a man for a reason of earth created?

Terlalu halus rambut di dalam debu tepung yang fragile. Sekali lagi anu berrsyukur sbb bukan aku yang kena buat keputusan, kerana kalu aku ke sana nanti menunaikan rukun islam ke lima (insyaAllah mampu) aku mesti mengharapkan keadaan yang selesa untuk beribadat( kalu x selesa, aku anggap ujian la). Pada waktu yang sama, aku juga mengharapkan dapat menjejak kaki ke tempat yang pernah dijijak oleh nabi, melihat tinggalannya moga2 semangat aku n kecintaan aku pada agama Islam bertambah...

Have a click on this n read more http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0715&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

Wednesday, July 13, 2005

it's life

" life is never like a bed of roses... "

aku setuju benor. hidup bukan senang. tambah pulak kalu nak hidup sebagai org yg bertanggungjawab. phuiihh..payah tu.

bnyak tanggung jawab yg perlu dilunaskan. banyak kes, tnggjwb tu bertmbung sesama sendiri. yg ini minta didahulukan, yang itu minta dicepatkan. kekadang, terpaksa pilih antara 2. keputusan yang sukar n berisiko.

sometimes, buta dalam terang, celik dalam gelap. nak pilih yang terbaik dan selalunya aku berserah pdNYA.

Sunday, June 26, 2005

Jay Si Pee


Pernah nampak kereta ni? Ni la kereta kesayangan aku. Juga kesayangan bini aku. Banyak kenangan manis dengan keter sport ni. Tak ketinggalan jugak yg buruk. L Takpe, yang keruh tu, dijadikan panduan n dbuang jauh2.

Aku tak tau keter ni tahun berapa exactly. Rasanya dalam tahun 1990 kut. So, dah umur le keter ni, Pernah tukar bumbung sbb bumbung yang asal dah berkarat n reput2. Means, keter tu dah jadi kereta potong…mcm aiskrim potong lak. Dahla tak register ngan JPJ masa nak potong tu, so skrng ni kalu nak jual, susah skit la. Kawan aku gtau, bila nak tukar nama nanti, susah skit sbb JPJ akan test body. Dah sah keter aku sangkut nyer sbb potong tak report. Hmmmm…guana tu? Pakai sampai kiok la jwbnya. Tapi kalu nak idup, pepandaila panjang tangan kut bawah meja. Bukan nak kata JPJ officer tu smer makan suap, tapi that’s the fact. Kalu tak, kenapa banyak sangat lori2 yang berasap hitam kat jalan2 tu? Padahal, bukan ke lori tu kena test sokmo? Gumana tu…. Aku bukan kata aku ni nak suap orang, tak terniat langsung. Cuma kekadang, rasa macam dah ramai sangat org yang jenis lapo gini. Aiiii…dunia duniaaa

Back to the ori story mory biskut meri, ap alagi aku nak gtau ekkk? Er… keter ni best. Banyak kali aku lepas tension ngan keter ni. Bawak laju2, cilok sana cilok sini, spin tyr kat traffic lite dan mcm2 lagi. Yang lain aku tak rasa bersalah sgt except kalu aku potong maut depan orang. Ala, yang gtu2 tu. Kalu ada keter depan kita kat lane kanan sekali, tapi bawak slow. Lane tgh plak ada keter tapi depan skit. So tpaksa potong kut kiri n masuk lane kanan balik. Bumper depan blah kiri maybe sntuh keter lane tgh, bumper blkg blh kiri maybe sntuh keter kita potong tu. Bahaya tu, bleh buat orang marah. Bukan aku nak buat sangat, Cuma time terpaksa je. Termasuk juga time geram ngan keter depan tu. Ye lah, dah bagi signal, beam n hon pun, taknak ganjak gak. Kalu nak slow, pakai lane tgh la. Kalu tak perasan pun, org dah bagi beam pun, buat bodoh je… geram sungguh!

Accident ngan keter ni? Hmmm..jap nak ingat, No 1 time depan Uniten, susur kelaur ke serdang. Time tu lepas ujan, jln licin, aku susur keluar flyover tu dgn 80kmj. Tetiba plak ada moto kat tgh2 jalan tu, apo laie, pakcik elak la…tetiba ada pulak sbijik laei kat lane sblah, ken aelak lagi tapi kali ni aku trpaksa turn it more, kalu tak memang kena mamat motor yg bawak around 40kmj tu. Apa lagi, dah oversteer la. 3 kali aku terpusing2. skali CCW and 2 kali CM sblum langgar divider. Pecah lampu depan. Time tu, student lagi, mana nak korek duit. Beli barang n pasang sndiri la. Tgh malam beb…ktung ktang ktung ktang… sampai siap.

Ada lagi, yang aku langgar lori time kluar tol sg besi. Yang aku langgar bas depan IOI mall puchong, tak smpat brek sbb tyar botak n keter aku full loaded. Yang lain2 pn byk lagi. Banyak juga yang aku terlepas dari eksident. Phuh..bnyk kenangan ngan keter ni.

Tapi yang sedey nyer, aku terpaksa menghadapi tekanan hidup skjap baru ni bila JCP putus timing belt time aku tgh bawak 120kmj. Nasib baik tak tergolek n waktu tu siang. Kalu la happen time tgh malam kat tgh hutan…panic wooo… dah putuh timing belt tu, kena la tunda n bekki la apa yg patut. Baraila dekat2 900. Price 4 d luck, I guess.
Aku rasa bertuah ngan keter ni. Make me proud n feel good most of d time in it. Viva JCP!

racun ni

“ Kalu ayah kumpul duit hok beli rokok tu dari dulu, dah buleh umah batu dah.”

Itulah kata2 aku n adik beradik kat ayah aku pasal isap rokok. A very heavy smoker since 13 yrs old till now. 55-13 = 42yrs oredi. Mak aii… 42 tahun x 365 hari (tahun lompat tu negligible je la) = 15,330 hari. Sehari kalu amik purata 15 batang, jumlahnya 229,950 batang. 15 tu kira skit. Kalu 2 kotak, dah 40 btg. Pepandai sndiri la nak letak sbatang tu berapa sen. Memang dapat la umah batu.

Sapa yang untung? Orang yang hisap kuar duit, yang jual dapat duit. Untung orng hisap ialah apa2 feel yang diorang dapat hasil dr penghisapan tu. Feel macho, feel released, feel steady, feel confident, feel awaked or feel great. Ada org hisap rokok sbb nak tunjuk macho (alasan bbudak skolah nak join grup). Bleh pakai ke alasan tu kalu budak2 pompuan yg isap rokok? Macho ke pompuan isap rokok? Erk!! Maybe sbb nak tunjuk status n feel confident. Tak konfident apanyer lagi, kalu dah semua mata memandang, dia buat dek je. Tak pedulik org tu. Bukan nak kutuk, aku luah apa aku rasa je. Kena batang hidung tu, nak marah aku, marah la, macam la tak pernah kutuk aku or org cam aku. Hmmm..tak pernah jumpa plak minah2 pakai tudung isap rokok, tak tau la nanti2. Except kat kampung2, makcik2 n opah2 isap rokok daun..kekekke.

Dah banyak kali org war2kan fatwa haram isap rokok. Menda tu memudaratkan. Bawak lebih banyak kerosakan dari kbaikan. Rokok ni ada baiknya gak tapi baiknya tak dapat meng’cover’ buruknya. Macam dadah gak, ada baik tapi buruk tu lagi bnyk. Arak pun sama. Ada org sanggup buat2 tak nampak buruknya sbb nak kejar baik yg seciput tu. Dan yg lagi teruk, mende ni ada hantunya. Sekali kena, nak lagi. Aku akui, mende ni memang hantu. Aku pun dulu smoker gak kejap. Skolah rendah plak tu. Tapi tak lama sbb tak feel. Masa kat U pun ada ura2 nak ngisap balik, tapi tak tahan. Duit tarak. Best reason to quit. Effort gak nak menahan diri tu. Skarang pun sama, duit tarak. But, I realized now, bukan itu saja sbbnya. Aku perasan, 8 org adik beradik lelaki aku ni setakat ni alhamdulillah takde sorg pun yg smoking. Stakat aku tau la. So, aku conclude, mak aku yg doakan kitorg tak terjebak. Dah cemuih laki isap rokok, tamau anak pulak yg ikut jejak. Berkat doa mak. Arwah datuk aku pun meninggal sbb rokok. Doctor kata hati dia dah jadi hitam kering sbb heavy smoke tapi dia taknak quit gak smpyla dia meninggal. Datuk, ayah tapi tak sampai kat kitorg adik beradik.

Rokok ni bukan setakat racun yg mmbunuh diri sndiri n org sekeliling, rokok jugak menyebabkan ketagihan. Dan fakta yang tak dapat disangkal, ketagihan adalah satu penindasan. Sama macam ceti atau along yang letak bunga melambung tu. Sama la tu. Letak la harga berapa pun, bayar tetap bayar, hisap tetap hisap,. So, kira org yg isap rokok ni org yg tertindas la. Syukur aku tak tergolong dlm golongan tu. Aku harap sangat bleh tolong org2 ni sbb aku tahu penindasan ini dilakukan oleh siapa. Aku harap2 sgt aku kekal dlm keadaan baik begini.

Orang duk bising2 pasal penagih dadah smpy nak bagi jarum PERCOMA, tapi pernah kisah sgt ke pasal penagih rokok? Ala, stakat promo iklan TAK NAK tu skejap je (skrang hebat lagi ke promo tu?). Tup2 kita terkejut plak Msia ambik bahagian persidangan tembakau antarabangsa. Iee…donia doniaaa. Orang kesah pasal penagih dadah sbb penagih tu buat jenayah sbb nak dadah spt rompak, ragut, pecah umah dll. Org takde plak buat mende tu sbb ketagih rokok. (kalu ada pun, skit sgt) Tapi tau tak, duit beli rokok itu sbenarnya boleh digunakan untuk kegunaan yg lebih baik. Average RM5 x 30hr, adala dlm RM150 sbln. Byk gak tu, kalu org pendapatan rendah, tu dah kira blanja dapor atau blanja anak2 g skolah. So, kalu tak cukup duit untuk anak2 skolah atau yg swaktu dgnnya, camana? Bagaimana pulak kalu duit tu bleh disimpan untuk ke Mekah? Camana kalu org yg smoke kata “aku tak cukup duit, tak mampu naik Haji”. Justified?

Orang isap rokok, kerajaan dapat duit cukai. Lagi tinggi harga, kerajaan lagi untung. Kalu org isap dadah, kerajaan dapat apa? Ada ke cukai dadah? Boleh bayang tak kalu ada cukai dadah? (Maybe ada untuk dadah2 yg dibuat ubat tu) . Ntahla, tatau nak kata apa laie. Sapala kita.

Tak dapat dibayangkan, satu hari nanti, dadah jadi macam rokok – nak isap, isaplah jgn buat jenayah sudah. Ada kawasan boleh isap, ada kawsan prohibited. Masa tu, nak bagi picagari pree pun takde pelik kut. Yang ni pun aku tak faham. Org yg hisap dadah tu tak waras, out of mind control, so camana dia bleh differentiate mana satu jarum dia yg bersih (free HIV) atau yg dijangkiti. Time first inject maybe pakai dia punya, pastu bila high n tak cukup dose, ntah saper punya dia tibai. Main rembat je la. Ntah camana idea ni. Maybe aku tak cukup info lagi kut..

Pakai kondom utk bersama ngan org yang diwas-was tak humiliate sgt tapi kalu la dibawak mobile HIV tester sblm ‘ehem’ mesti timbul soal human right etc. menghina la, bias la dan sbgnya. Komen?

Saturday, February 26, 2005

MOTIVATED OR RUSHING?

ALO HAI...salams...all the good greeting and blessings. dah lama aku tak masuk sini. 4 bulan lebih. bz la... still keje kat EQ bangi. dah jadi orang yang dikenali ramai di situ. cuma apa yang aku nak citer ni, skit sbnyak buat ramai org shocked!

Aku nak g oversea, merantau skejap cari pengalaman dan duit. aku dah puas makan gaji ngan orang. aku ada keberanian dan kedegilan untuk start bisnes sendiri. degil tu yang penting, kedegialan yang telah jadi bekalan aku untuk habiskan degree kat uniten walau betapa azab sengsaranya. so, why not make use of that born with attitude.

aku nak bukak kedai sendiri, restoran sendiri n ada fast food on my type. dah ada tu cukup la, kaya giler dah tu. aku tamau tunggu umur 39 untuk g haji, ada keter yang bagus amat, rumah sendiri dan jaminan untuk anak bini (ALLAH punya kuasa). betapa ramai orang yang muda2 lagi dah senang hidup kerana berani! dare to fail. But for me, i take it like this - EAGER TO SUCCCED, DARE TO FAIL! insyaAllah dengan MOTIVASI yang ada, aku kena usahakan dan tak berpaling ke belakang.

Matlamat mesti crystal clear. JELAS! aku tau, nak buka bisnes bukan senang, mesti ada modal n pengalaman. bagi aku, modal lebih senang dcari compare to pengalaman. pengalaman aku dah 6 bulan ni memang di kira baru tapi aku rasa aku bleh sambung 'klas pengalaman' aku tu secara praktikal. kena try meniaga skrang. cuma sekarang ni aku ada plan baaaaik punya.

Memandangkan aku dan bini aku duduk jauh, dan dia pun tak abih blaja lagi, aku ada terasa n bsungguh untuk kerja kat oversea. alang2 bjauhan, bila berbaloi. aku g keje kat sana, boleh bawak balik duit bnyk dgn syarat aku pndai bjimat kat sana. stakat ini aku amik yang positif sgl kemungkinan yg bakal berlaku kelak. mungkin aku cuma take into acct mende yg baik2 je, walhal nanti jadi kat sana mende yang aku tak duga. BERANI! niat aku nak cari duit, ilmu2 masak westen n yang penting gak ialah value aku sebagai tukang masak n cafe owner nanti. ada la extra merit kalu pernah keje kat oversea.

skrang ni tengah korek2 peluang. so, pendek citer, SESAPA BLEH TOLONG?