Monday, March 09, 2009

Cerita Hati



tanya saja sama hati..
mengapa manusia ada yang busuk hati..

tanya saja sama hati..
kenapa manusia berubah hati..

tanya saja sama hati..
kenapa manusia sakit hati..

tanya saja sama hati..
kenapa manusia suka-suka hati
dan kenapa manusia membawa suka pada hati..

(hati bila ditanya banyak sangat, hati pun menjawab) ;-

Berikan hak pada Ilahi..

Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati ini dan hati-hati itu.
Selagi mana hati ini melaksanakan hak2 Ilahi, tidak perlu gusar..
Allah bersama..

Hati hanya mampu berdoa agar Allah memeberikan walau secebis rahmah, berkah dan keampunanNya pada diri ini dan meletakkan diri ini pada jalan petunjuk sentiasa dalam berbicara, dalam menulis dan dalam membuat keputusan bahkan dalam segala-galanya.

Moga hidup ini sentiasa mendapat panduan Allah dan mampu berdiri teguh pada apa yang dikehendakiNya.

dan..

untuk orang-orang yang pernah aku kenal dalam dunia pengkameraan ini, aku doakan yang sama.. .. ..

(termasuk juga orang yang bakal dikenali )

Tenangkah Diri?




Di manakah letaknya ketenangan?

Di puncak gunung kah?
Di tepi laut kah?
Di tepi tasik kan?
Semasa memancing kah?
Sesudah solat kah?

Tenang itu sebenarnya di hati..
Dan hati itu berkehendak pada ingatan pada Allah..

dengan bacaan Quran dan zikrullah..

Friday, February 27, 2009

4 U - originally posted on 3rd March 2006




kepada insan yang mukanya terpampang kat sini hah, abg nak habaq satu benda. Maybe 2 benda kut, maybe 3, 4 ,5 ,10 dan juta juta lagi nak dibagitau.
Abang tau ayang dah banyak susah sebab abang...ABANG MINTA MAAF..
Abang tau ayang dah banyak korban untuk abang..TERIMA KASIH...
Abang tau abang banyak kali lukakan hati ayang..MAAF ABANG PINTA...
Abang tau banyak urusan abang selesai dgn ayang..TERIMA KASIH LAGI..
Abang tau yang dalam kandungan tu anak abang..ABANG BANGGA..THANKS..
Abang banyak lalui suka dan duka dengan ayang sejak dulu lagi...ABANG SUKA SANGAT2, tak tergambar dengan kata2, dan ABANG MAHU TERUSKANNYA selama-lamanya sehingga syurga idaman.. Abang selalu terbayang kehidupan kita dengan anak2 nanti, anak berlari2 dan bermain. Ada yang duduk di tepi abang, berlari keliling ayang yang sedang lipat kain baju nak buat bekal untuk aktiviti kegemaran kita sejak dulu - TRAVELLING. Lagi, abang kerap kali juga berdoa pada Allah, Tuhan yang Satu, agar kita ditemukan kembali bersatu di dalam syurga yang dijanjikanNYA, insyaALLAH..

p/s: bersempena keluarnya ayang dari hospital tempoh hari dan aniversarry ikatan kita..

Friday, January 16, 2009

Cabaran Berkasih


Harini tengok citer bintang Hati. Bukan nak tengok sangat, cuma sekadar mencari perbuatan lain selain dari terbongkang balik di pagi Jumaat ni.

Apa yang nak dihighlight ialah ttg berkasih. Kekadang terasa macam dah lupa cara berkasih sbb lama tak praktik huhuhu.. Dulu pun tak praktik sangat sblum kawin sbb nak jaga batas2 agama. Lepas kawin tu, ada la jugak skit.. mcm betulkan tudung isteri, main pipii dia, kalu amik gambo tu, pernah la peluk pinggang dari belakang dan lain.. (blushinggg.. :))

Skrng ni rasanya kena buat balik la mende2 tu. Mende perasaan ni bukan bleh wat main. Macam pokok gak, even pokok kaktus skalipun nak kepada air. So, kena la siram jugak kan? Kasih sayang ni kena la tunjuk. Tambah pulak, bukan ke dah tau yang pompuan tu suka kalu org tunjuk dia tu disayangi n dikasihi.

Bersabit ngan itu juga, kekadang sedih bila tengok orang2 yang kunonnya berkasih zaman sekarang. Peluk sana, peluk sini, cubit sana cubit sini. Dah takde malu. Sebenarnya, pada awal2 mereka tu malu gak. Tapi pabila bercakap pasal mende bersabit nafsu ni, mula2 mmg camtu. Mula2 mmg rasa malu, rasa nyesal, rasa tak patut dll. Tapi perbuatan tu akan berulang lagi sbb nafsu jahat yg amat licik. Ada je alasan yang dibisikkan pada hati. Mula2 sentuh-sentuh je. Bila dah biasa skit, mula la pegang-pegang. Then, dari pegang berjangkit ke ramas-ramas. Err...lepas tu, karen 240V le will take over. No turning back, i guess.

Mende dah jadi macam normal. Sepertimana kalu anak2 muda takde pakwe makwe tu akan dianggap tak normal dan 'kampong', kolot dll. Benar, naluri itu tak dapat disekat namun ia harus dikawal. Sperti mana kita kawal makan jugak. Kita mmg perlu kepada makan, tapi kita bukan makan segala mende. Tak smua mende buleh dimakan. Ada tatacara dan halal haram. Ada sukatan dia. Ada panduannya. Bukan main redah sahaja. Contohnya, ada yang kena masak dulu. Takleh la makan mentah. Kalau makan mentah, nanti sakit perut dan kembung perut. Sekarang ni ramai gadis 'kembung perut' sbb tak menitikberat proses sbelum 'makan' tu la.

So, ada sesapa nak sahut cabaran berkasih ni? Ramai org menagih kasih manusia sehingga membelakangkan kasih Allah. Kasih Yang Maha Kuasa serta kasih baginda Rasul tidak tergambar/hadir di depan mata dek kerana dibutakan oleh apa yang terhidang dalam hidup kita yang penuh alpa hari ini.

Wednesday, January 14, 2009

Tahun Baru Azam Baru

boleh ke kalu update kat sini je?
Tak rasa janggal ke?
Ada org nak baca ke?
Ada org support ke?
Ada org respon ke?
Orang tak nyampah ke?

aii...banyak la pulak orang nyer..
patutnya pucuk pangkal, pada diri sndiri..

dah lama sangat tak update blog ni.
sejak datang kesungguhan benci dan kefahaman yg lebih pada fotopages yang memberi pekdah
kepada kafir yahudi tu, timbul pulak rasa smangat nak update blog kat sini..

amcam?