Thursday, October 21, 2004

baby chef

a'kum. salam sejahtera semua. dah lama gila aku tak blog kat sini. dah naik sawang semer umah blog aku ni. for those yang datang sini n tgk takde updates, sori la bbyk. soooooo bz maaa.

tgk gambar kat atas tu. itulah aku sekarang. baby chef. kerja aku sekarang sbg commis 1. satu tangga di bawah chef kat hotel equatorial bangi putrajaya (nama baru). baby tu melambangkan betapa barunya aku dalam bidang ke'chef'an di hotel ni. semalam, 20 oct, baru sebulan aku kerja kat sana. experience masa masuk, zero beb! then, i gained slowly. telinga ni naik panas sejuk je bila kena marah, maki n suruh itu ini. terkejar-kejar aku. dahla lantai tu licin, kasut yang aku pakai plak, kasut yang employee2 lama reject. imagine la, 5 jam lebih aku tak kenal erti duduk, terpaksa buat itu ini n rush a lot. nak bersandar atau letak tangan atas meja pun, ada yang sound. one day, aku slipped while carrying kari udand n dalca ayam. ayam selamat, tapi udang 'selamat'. aku mandi kari udang hari tu, heheheh.

masa aku keje ialah 9-5. tu kalu bulan x pose n kalu kerje tak banyak. kalu ada morning function, terpaksa masuk awai, seawal 6am. kalu function diner plak, balik lewat la. ko bayangla, dinner ni ada ucapan2, joget2, nyanyi2 etc, so kekadang makan kul 9 lebih atau kul 10. terpaksa la menunggu guest makan sampai abih function. kul 12 baru sampai umah. esok pagi, kul 8 dah kena masuk balik. bulan pose ni, aku masuk kul 11 sbb funtion n lunch buffet xde. cuma nak kena layan buffet bukak pose je la. aku masuk kul 11, masak2 n serve utk berbuka. kul 7 supposed dah bleh balik kalu tak banyak mnde nak prepare utk hari esoknya. kalu kena prepare utk esok, extend la masa keje. tapi kira OT la. kekadang terpaksa ke depan jugak, layan org2 kaya bnyk duit yang dtg buffet berbuka ( RM50/head). aku jaga stall sate atau kambing panggang atau seafood bakar. heheheh kaya diorang ni..tapi takde la sampai nak tipkan aku.

got to stop here. TBC.. aku nak masuk keje plak ni. in short, i love this job. nanti dapat duit, bleh makan sedap2. ( hari2 aku makan kat hotel, kekekekeke) cuma, ada mende yang aku sedih, kat hotel ni esp kat kitchen, ramai yg x solat n tak poser. n x segan2 makan depan org poser. 90% x poser. setakat dah dekat seminggu poser ni, aku beleh tahan even kje dpn makanan. cuma terkilan sbb x dapat jemaah terawikh kat surau. jemaah 2 org kat umah je la kan?

adiosss, see u next time!

' hopefully pose kita bukan setakat lapa dan dahaga n tak korek sana sini je la...amin!'