Sunday, June 26, 2005

racun ni

“ Kalu ayah kumpul duit hok beli rokok tu dari dulu, dah buleh umah batu dah.”

Itulah kata2 aku n adik beradik kat ayah aku pasal isap rokok. A very heavy smoker since 13 yrs old till now. 55-13 = 42yrs oredi. Mak aii… 42 tahun x 365 hari (tahun lompat tu negligible je la) = 15,330 hari. Sehari kalu amik purata 15 batang, jumlahnya 229,950 batang. 15 tu kira skit. Kalu 2 kotak, dah 40 btg. Pepandai sndiri la nak letak sbatang tu berapa sen. Memang dapat la umah batu.

Sapa yang untung? Orang yang hisap kuar duit, yang jual dapat duit. Untung orng hisap ialah apa2 feel yang diorang dapat hasil dr penghisapan tu. Feel macho, feel released, feel steady, feel confident, feel awaked or feel great. Ada org hisap rokok sbb nak tunjuk macho (alasan bbudak skolah nak join grup). Bleh pakai ke alasan tu kalu budak2 pompuan yg isap rokok? Macho ke pompuan isap rokok? Erk!! Maybe sbb nak tunjuk status n feel confident. Tak konfident apanyer lagi, kalu dah semua mata memandang, dia buat dek je. Tak pedulik org tu. Bukan nak kutuk, aku luah apa aku rasa je. Kena batang hidung tu, nak marah aku, marah la, macam la tak pernah kutuk aku or org cam aku. Hmmm..tak pernah jumpa plak minah2 pakai tudung isap rokok, tak tau la nanti2. Except kat kampung2, makcik2 n opah2 isap rokok daun..kekekke.

Dah banyak kali org war2kan fatwa haram isap rokok. Menda tu memudaratkan. Bawak lebih banyak kerosakan dari kbaikan. Rokok ni ada baiknya gak tapi baiknya tak dapat meng’cover’ buruknya. Macam dadah gak, ada baik tapi buruk tu lagi bnyk. Arak pun sama. Ada org sanggup buat2 tak nampak buruknya sbb nak kejar baik yg seciput tu. Dan yg lagi teruk, mende ni ada hantunya. Sekali kena, nak lagi. Aku akui, mende ni memang hantu. Aku pun dulu smoker gak kejap. Skolah rendah plak tu. Tapi tak lama sbb tak feel. Masa kat U pun ada ura2 nak ngisap balik, tapi tak tahan. Duit tarak. Best reason to quit. Effort gak nak menahan diri tu. Skarang pun sama, duit tarak. But, I realized now, bukan itu saja sbbnya. Aku perasan, 8 org adik beradik lelaki aku ni setakat ni alhamdulillah takde sorg pun yg smoking. Stakat aku tau la. So, aku conclude, mak aku yg doakan kitorg tak terjebak. Dah cemuih laki isap rokok, tamau anak pulak yg ikut jejak. Berkat doa mak. Arwah datuk aku pun meninggal sbb rokok. Doctor kata hati dia dah jadi hitam kering sbb heavy smoke tapi dia taknak quit gak smpyla dia meninggal. Datuk, ayah tapi tak sampai kat kitorg adik beradik.

Rokok ni bukan setakat racun yg mmbunuh diri sndiri n org sekeliling, rokok jugak menyebabkan ketagihan. Dan fakta yang tak dapat disangkal, ketagihan adalah satu penindasan. Sama macam ceti atau along yang letak bunga melambung tu. Sama la tu. Letak la harga berapa pun, bayar tetap bayar, hisap tetap hisap,. So, kira org yg isap rokok ni org yg tertindas la. Syukur aku tak tergolong dlm golongan tu. Aku harap sangat bleh tolong org2 ni sbb aku tahu penindasan ini dilakukan oleh siapa. Aku harap2 sgt aku kekal dlm keadaan baik begini.

Orang duk bising2 pasal penagih dadah smpy nak bagi jarum PERCOMA, tapi pernah kisah sgt ke pasal penagih rokok? Ala, stakat promo iklan TAK NAK tu skejap je (skrang hebat lagi ke promo tu?). Tup2 kita terkejut plak Msia ambik bahagian persidangan tembakau antarabangsa. Iee…donia doniaaa. Orang kesah pasal penagih dadah sbb penagih tu buat jenayah sbb nak dadah spt rompak, ragut, pecah umah dll. Org takde plak buat mende tu sbb ketagih rokok. (kalu ada pun, skit sgt) Tapi tau tak, duit beli rokok itu sbenarnya boleh digunakan untuk kegunaan yg lebih baik. Average RM5 x 30hr, adala dlm RM150 sbln. Byk gak tu, kalu org pendapatan rendah, tu dah kira blanja dapor atau blanja anak2 g skolah. So, kalu tak cukup duit untuk anak2 skolah atau yg swaktu dgnnya, camana? Bagaimana pulak kalu duit tu bleh disimpan untuk ke Mekah? Camana kalu org yg smoke kata “aku tak cukup duit, tak mampu naik Haji”. Justified?

Orang isap rokok, kerajaan dapat duit cukai. Lagi tinggi harga, kerajaan lagi untung. Kalu org isap dadah, kerajaan dapat apa? Ada ke cukai dadah? Boleh bayang tak kalu ada cukai dadah? (Maybe ada untuk dadah2 yg dibuat ubat tu) . Ntahla, tatau nak kata apa laie. Sapala kita.

Tak dapat dibayangkan, satu hari nanti, dadah jadi macam rokok – nak isap, isaplah jgn buat jenayah sudah. Ada kawasan boleh isap, ada kawsan prohibited. Masa tu, nak bagi picagari pree pun takde pelik kut. Yang ni pun aku tak faham. Org yg hisap dadah tu tak waras, out of mind control, so camana dia bleh differentiate mana satu jarum dia yg bersih (free HIV) atau yg dijangkiti. Time first inject maybe pakai dia punya, pastu bila high n tak cukup dose, ntah saper punya dia tibai. Main rembat je la. Ntah camana idea ni. Maybe aku tak cukup info lagi kut..

Pakai kondom utk bersama ngan org yang diwas-was tak humiliate sgt tapi kalu la dibawak mobile HIV tester sblm ‘ehem’ mesti timbul soal human right etc. menghina la, bias la dan sbgnya. Komen?

No comments: