Thursday, July 22, 2004

nak cari kayu..nak cari kayu

Susah seehhh… apa macam mau bikin ini? Banyak makan masa la mau pikir ini perkara… hidup susah, mau mati pun syushah.. hayyooo !

Mau cari makan, earn some money, enough to buy some desired things. Banyak kali aku telan ayaq liuq bila tengok buah doroyan bertimbun tepi jalan, tapi duit tak cukup maa. Cuma aritu je aku dapat rasa time balik solat jumaat, gagau2 dalam kereta, ada RM4. So aku mintak kat tokey durian tu, bagi la durian sedap dengan duit yang aku ada ni. Dapatla sebijik kecik, sebijik besar. Nasib baik sedap, Alhamdulillah. Desires lain camna plak ? Sabar, sabar, dan sabar lagi. Tapi sampai bila aku dapat tahan ?

Seronok gak menjadi penganggur ni. Tapi banyak gak tak seronok. So NOW, aku dah mula mencari kerja. Macam aku kata dulu, aku akan bertindak dan usaha sungguh2 bila aku terdesak. Sudah tentu sekarang aku terdesak, dan tibalah masanya untuk menggosok kemeja dan mencari tali leher….

14 Julai 2004. Tarikh aku keluar mencari kerja yang sesuai dengan minat dan kelayakan aku. Kemeja biru, tie merah, kasut kilat. Syukur gak bila pkir, at least aku ade mende2 tu, takyah nak pinjam.

Aku ada banyak choices, yang perlu di go thru satu persatu. Jenis aku, mesti paham betul2, baru bleh buat. Aku takleh main hentam je. Ada benda yg aku main hentam, tapi kalu aku dah start pikir, it’s going to be deep !



 kelebihan kreatif = jimat duit..heheheh








No comments: