Thursday, July 22, 2004

luahan pasal duit

    

   
Nak kata kau ni kaya banyak duit nak mampos, tak jugak. Tapi nak kata aku ni miskin sangat, takde la. Cuma right now, aku rasa begitu bangsat sekali.Bukan dari segi perangai, (walaupun aku rasa aku sucks) tapi takde la aku istilahkan aku ni bangsat perangai. What i really mean is dari segi kewangan. Broke.Pokai giler. kaya ngan utang. kalu aku kije sebagai engineer skrang, gaji aku sebulan konpem tak cukup nak bayal total utang aku. husshhhhh.!

pakai duit adalah kemestian skrg. nak masuk toilet pun pakai duit. bawak lebih 80kmj pun kena bayar duit. hantu betul. Tapi bagi org yang kewangannya gempaq,sure takde masalah punya. sebab tu ramai yang bawak cam pelesit dekat2 200kmj kat highway. tapi aku bukannya nak cari duit nak bayar saman speedtrap, aku mencari duit untuk cuma menggerakkan JCP 1637 aku tu je. nak antar bini gi klas. lagi? nak gi mana lagi? gi jalan2 ngan bini, ronda2. gi umah kawan. beli barang etc.

suddenly, aku tersedar. giler aku. aku giler ke hapa. orang lain isi minyak nak gi kerja. tapi aku lani TAKDE KIJE!. TENSION AKU! AKU ADA DEGREE! AKU ADA KEBOLEHAN!AKU ADA DAYA USAHA. AKU BUKANNYA TAKLEH BUAT KIJE! TAPI KENAPA AKU TAKDE KIJE? Adakah sebab aku ni malas? maybe.... malas?

s a l m a n = m a l a s = m a s a l a h

aku takkan marah kalu aku dikata malas. bagi aku, malas tu adalah akibat. masalah utama aku ialah fear and demoralized. aku betul-betul macam buntu.tak jumpa punca. aku tak tahu apa lagi perlu aku buat. tenggelam dalam lubang sendiri. aku seolah-olah tak berupaya keluar dari kekosongan dan keserabutan ini. phobia aku.bila aku merenung ke dalam diri, aku mencari punca. mengapa aku tak bekerja? sebab aku tak semangat. kenapa aku tak semangat? kerana aku takut dan risau. kenapa aku takut dan risau?kerana aku dalam fear n phobia. kenapa fear dan phobia? sebab aku melalui bad experience dalam hidu aku yang menjadi nightmare aku setiap malam.

aku merenung lagi. apa nightmare tu? kenapa nak takut sangat, sampai hilang semangat? ntah la. nak cerita pun sakit. nak pendam saja pun sakit. TAPI, HARINI AKU MACAM RASA DAH DEKAT DENGAN SATU WORD => NEKAD! Sebelum ni aku terlalu pikir apa yang orang buat pada aku. mencari reason kenapa ada juga orang yang dengki pada aku. kenapa orang berhasad dengki, kenapa orang susah untuk tengok orang lain dapat senang? kenapa aku harus melalui kepahitan dan kepayahan ini sedangkan aku baru sahaja hendak menikmati hidup yang aku sedang cuba bina sendiri... reasonnya ada yangaku dapat melalui jawapan orang, ada yang aku reka dan ada juga yang aku paham dari kebenaran dan ada juga yang aku tak nampak di mana warasnya.

HARINI, AKU TEKAD. whatever the reason are, aku dah tak pedulik. lantak mak nenek tok sedara kepala lutut diorang la nak buat apa. pdulik apa aku. aku dah pasti bahawa HIDUP KITA, USAHA KITA! walaupun benci dan pahituntuk ditelan, aku telan jugak. macam FEAR FACTOR! Aku rasa ni lebih dari pig rectum. cuma apa yang aku cuba telan skrng at least, HALAL! aku dah tak peduli apa orang kata. orang nak rendam aku ke longkang, rendamla, tapi make sure, jangan bagi aku bangkit balik, sebab kalu aku ada peluang bangkit, the drain gonna be ur permenant grave!

mulai sekarang, aku akan lupakan orang yang tak amik berat pasal aku. aku juga akan lupakan sebahagian besar dari kelompok orang yang atas pagar. means orang yang ada pun tak susah, takde pun tak senang and vice versa. aku akan create aku punya style and hopefully my own empire. aku akan start dari bawah. TAK PERLU TERBURU2. berbekalkan keyakinan bahawa aku akan sampai juga pada puncak yang aku cita. pasti!

so. what's the plan? aku akan listkan choices yang aku ada sekarang.

1. amik master dengan ada pendapatan.
2. cari kerja tetap. aku suka kerja ngan TNB atau kerja kat mana2 yang aku suka suasananya.
3. bukak bisnes sendiri dengan modal sendiri dan modal luar.


aku rasa cukupla dengan choices tu dulu. setiap choice ada pro kon sendiri. aku still kat peringkat mengutip pendapat orang. kutip n pikir. kutipikir. sampai bila?like the money, the time is running out....
 
 

   



No comments: